web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TMJ Positif COVID-19? 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 8:27PM

Hantaran di Instagram story Tunku Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipercayai positif COVID-19, susulan beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun instagram rasmi baginda.

Tunku Ismail menerusi hantaran itu memaklumkan, baginda sudah menghidap COVID-19 sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun sekitar jam 6.35 petang tadi, Tunku Ismail menerusi hantaran di akaun Instagram @hrhcrownprinceofjohor memuat naik gambar terbaru dengan kapsyen 'The Tiger is back' (Harimau sudah kembali).

Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa ayahanda kepada dua putera dan puteri itu sudah sihat sepenuhnya daripada virus berkenaan. 

Hantaran pertama di Instagram itu dimuat naik kira-kira jam 2 petang, yang memaparkan baginda di atas katil dipercayai di wad hospital dengan keterangan 'few days ago' (beberapa hari lalu).

Hantaran kedua kira-kira jam 3 petang pula memaklumkan baginda menghidap COVID-19.

"2 weeks of COVID and now....... (dua minggu dijangkiti COVID dan sekarang.....)," tulis baginda.

Tunku Ismail kemudian pada jam 6 petang sekali lagi memuat naik hantaran yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan baginda.

"Few weeks of 'down time' physically and psychologically. Thank you for the well wishes. But now....... (Beberapa minggu lemah fizikal dan psikologi. Terima kasih untuk semua doa. Tetapi, sekarang.......)," tulis baginda. - Getaran, 22 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia