web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Tangga Retak, Suami Tikam Isteri Hingga Parah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 8:35PM

Polis sedang mengesan Aloysius Sinlair Aden bagi siasatan kes tikam isteri di Kuching.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang lelaki bertindak menikam isterinya menggunakan senjata tajam sehingga cedera parah, selepas rumah tangga yang dibina retak menanti belah.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku jam 7.30 malam tadi, ketika mangsa berusia 35 tahun datang berjumpa suaminya di belakang gereja St Mark Batu Kawa.

Menurut beliau, kedua-dua mereka berjumpa untuk merungkaikan masalah rumah tangga yang dialami.

"Namun, suaminya yang juga berusia 35 tahun bertindak di luar kawalan dengan menikam isterinya di bahagian belakang badan, kepala dan leher menggunakan senjata tajam," katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa sebelum itu meminta izin keluar dari rumah di Taman Desa Wira, daripada ibunya untuk berjumpa suspek di lokasi kejadian.

"Mangsa dan suaminya masih dalam proses penceraian dan tidak lagi tinggal sebumbung," katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, ibu mangsa tidak lama kemudian menerima panggilan daripada orang awam yang memberitahu, anak perempuannya telah ditikam menggunakan objek tajam dan mengalami kecederaan parah.

"Mangsa yang ditemui oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Susulan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu suspek, Aloysius Sinlair Aden beralamat di Kampung Apar Singai, Bau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307  Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan menghubungi Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Padawan di talian 082-862233. - Getaran, 22 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia