web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambung Semula Khidmat Mohd Shukrie - KESMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 11:10AM

Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Terkejut dengan peletakan jawatan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menggesa pucuk pimpinan syarikat supaya menyambung semula kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Presiden Kesatuan Pekerja Malaysia Airports (KESMA), Hussin Shahar berkata, kontrak Shukrie wajar disambung sekurang-kurangnya untuk satu penggal lagi memandangkan kejayaannya mengemudi MAHB sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“KESMA amat terkejut dan tersentak dengan berita ini. Datuk Shukrie ialah seorang pemimpin yang baik, bagus, genius dan berintegriti tinggi. Kita lihat sahaja dalam keadaan kritikal sekarang, kami pekerja MAHB masih boleh bertahan.

“Tiada seorang pun pekerja dibuang kerja. Kami semua masih bekerja bersama MAHB dengan sebahagian daripadanya bekerja di rumah secara bergilir-gilir. Sehingga kini semua pekerja masih dibayar gaji penuh,” tegasnya kepada Getaran.

Peletakan jawatan Shukrie yang akan berkuatkuasa esok diumumkan MAHB menerusi satu siaran media semalam.

Ia didahului dengan dakwaan kontroversi, pada Isnin lalu, tentang ketidaksefahaman antara Shukrie dengan Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung penjualan Lapangan Terbang Subang.

Bagaimanapun, MAHB menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa lapangan terbang tersebut tidak akan dijual kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, syarikat berkaitan kerajaan tersebut turut menjelaskan bahawa Shukrie yang menyertai MAHB sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Mei 2019 membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya bagi ‘menerokai peluang lain’.

Semalam, MAHB juga mengumumkan pelantikan Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa 25 Oktober ini.

Iskandar Mizal merupakan bekas Pengurus Besar MAHB pada 1999 sehingga 2003 dan beliau ialah individu yang bertanggungjawab mengetuai pasukan penyenaraian MAHB di Bursa Malaysia. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Naik Taraf KLIA Dijangka Bermula 2026

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Aliran Pergerakan Penumpang MAHB Kekal Lebih 9 Juta Pada April 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia