web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Biskut ‘Kegemaran’ Penyebab Kanser, Kajian Terperinci Perlu Dilaksana - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 12:13PM

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biskut merupakan snek yang sering diberikan ibu bapa kepada anak-anak kecil kerana saiznya yang mudah dibawa dan mengenyangkan.

Ia turut menjadi pilihan buat mereka yang sibuk dan memerlukan juadah pengisi perut, sebelum berkesempatan menjamah hidangan utama.

Namun, persepsi itu bakal ‘terpadam’ selepas Majlis Pengguna Hong Kong mendedahkan penemuan bahan penyebab kanser melalui hasil ujian ke atas 60 sampel biskut dan kraker popular yang dijual merata negara, termasuk di Malaysia.

Atas faktor ini, pakar perubatan awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius penemuan tersebut, sekali gus menguar-uarkan ia kepada umum.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kajian mendalam dan terperinci perlu dilaksanakan KKM memandangkan dakwaan itu membabitkan nyawa orang ramai.

“Kita mengharapkan orang ramai dapat mengurangkan pengambilan biskut yang telah disenaraikan agar dapat mengurangkan risiko.

“Kita minta KKM melaksanakan ujian serta kajian bagi biskut itu untuk memastikan kesahihannya seperti didakwa, dan orang awam perlu dimaklumkan berkenaan perkara ini,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, daripada 60 sampel biskut itu, lima jenama yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia turut tersenarai iaitu Hup Seng Special Cream Crackers, Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich, Jacob’s Original Cream Crackers 93% Wheat Cereal dan Oreo Mini Oreo Original.

Kesemua snek tersebut dilaporkan mengandungi karsinogen atau dikenali sebagai glisidol dan akrilamida yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel serta tisu hidup.

Dalam laporan itu, ada antara produk makanan memiliki sehingga 620 g/kg akrilamida, iaitu hampir dua kali ganda daripada had selamat dan mendakwa bahan tersebut terhasil ketika pemprosesan biskut pada suhu tinggi.

Ditanya jika benar bahan tersebut mampu menjadi punca kepada penyakit kanser, Zainal Ariffin tidak menolak kebenaran perkara terbabit.

“Sememangnya ia boleh menyebabkan kanser, bagaimanapun ia akan terjadi sekiranya diambil dengan terlalu banyak. Bahan itu juga bukan tambahan namun terjadi hasil sampingan daripada proses pembuatan biskut.

“Oleh itu, pengeluar biskut hendaklah sentiasa memantau produk mereka dan mengurangkan bahan-bahan yang tidak selamat, termasuk menambah baik teknologi dalam proses pembuatan produk itu,” katanya.

Datuk Nadzim Johan
Datuk Nadzim Johan

Sementara itu, Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu memainkan peranan utama bersama KKM dalam membanteras isu tersebut.

“KPDNHEP bersama KKM perlu buat pengesahan yang jelas tentang perkara ini kerana mereka lebih jelas kenal siapa pengimport produk itu. Kedua-dua kementerian terbabit kena tengok kepentingan pengguna,” katanya.

Tegas Nadzim, perkara ini perlu dipandang serius dan kajian segera harus dilakukan agar ia tidak berterusan menjadi kebimbangan ramai.

“Perkara ini perlu diambil serius agar tiada lagi yang terlepas makan produk terbabit. Kementerian juga perlu mengambil pendekatan bagi mereka yang telah membeli biskut itu agar dapat dipulangkan semula dan wang mereka dapat dikembalikan,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

2

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

4

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Tidak Semua Rakyat Malaysia Yakin Dengan Rawatan Konvensional Kanser

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

Semasa 15 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Sukan 23 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL