web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aksi Ngeri Di Jalan Kuching, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 4:09PM

Pemandu kedua-dua kenderaan telah ditahan polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara memandu secara merbahaya, dua lelaki ditahan selepas aksi potong-memotong mereka dalam kesesakan di Jalan Kuching, kelmarin, tular di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihak mengesan satu video berdurasi 27 saat yang tular di Facebook berkaitan insiden terbabit petang semalam.

Katanya, siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu membabitkan sebuah PERODUA Myvi dan Hyundai Elantra di Jalan Kuching menuju ke pusat bandar.

“Bertindak atas maklumat, Unit Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur berjaya mengesan kedua-dua pemandu yang terlibat dalam video terbabit sebelum menahan mereka jam 10 malam semalam. Kedua-dua mereka telah diambil keterangan di Balai Trafik Kuala Lumpur.

“Kedua-dua pemandu berusia 33 dan 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, saringan air kencing yang dijalankan mendapati pemandu PERODUA Myvi terbabit positif dadah jenis metafetamin/amfetamin.

“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia