web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM10 Hapus Kasih Anak, Tanggang Moden Belasah Ayah Hingga Cedera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 8:21PM

DSP Mohamad Ismail Jamaluddin berkata mangsa dikatakan meminta wang untuk membeli makanan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Hanya kerana RM10, seorang anak tergamak memukul ayahnya dengan kayu selepas warga emas itu meminta wang berkenaan untuk membeli makanan dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Kampung Dusun Durian, Bekelam di sini, 17 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) mental cedera di kepala dan menerima sembilan jahitan serta patah pergelangan tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa dikatakan meminta wang untuk membeli makanan sewaktu suspek yang berusia 34 tahun berada di rumah.

Menurut beliau, pemuda berkenaan naik berang dengan permintaan tersebut dan bertindak memukul bapanya dengan sebatang kayu.

“Kayu itu patah dua menyebabkan mangsa cedera dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Machang dengan menerima sembilan jahitan di bahagian kepala.

“Insiden tersebut dimaklumkan kepada seorang lagi anak lelaki mangsa berusia 32 tahun yang ketika itu berada di Kedai Lalat, Kota Bharu,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Mohamad Ismail berkata, pemuda tersebut yang dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh suspek sendiri terus pulang ke rumah dan mendapati bapanya berada dalam keadaan cedera.

“Lelaki tersebut membawa warga emas berkenaan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Dia pada awalnya enggan membuat laporan polis kerana bersimpati dengan suspek dan bimbang anaknya itu akan ditangkap oleh pihak polis,” katanya.

Mangsa bagaimanapun jelas beliau, mengubah pendirian selepas dipujuk adik suspek, yang bimbang dengan keselamatan bapanya.

“Mangsa tampil membuat laporan Khamis lalu dan susulan laporan, suspek ditahan pada jam 5 petang hari yang sama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326/ 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Pihak polis juga merampas kayu yang digunakan suspek dan siasatan mendapati, dia memiliki dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya

Suspek direman selama tujuh hari bermula kelmarin sehingga Khamis ini. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia