web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyelia Tapak, Individu Pertama Dihukum Bawah Enakmen Sumber Air Di Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Oct 2021 4:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAUB - Seorang penyelia tapak sebuah syarikat pertanian menjadi individu pertama dihukum di bawah Enakmen Sumber Air 2007 sejak ia berkuat kuasa di Pahang, setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melepaskan sisa tanah ke Sungai Merapoh di Lipis sehingga menyebabkan air sukar dirawat, Jun lepas. 

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhi hukuman denda RM70,000 ke atas Lew Shou Jen, 49, atau penjara tujuh bulan jika gagal membayarnya selepas dia selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah hari ini. 

Lew dituduh melepaskan sisa kotor tanah dari kawasan kerja tanah yang diselianya di Lot 5055, PN18884, Mukim Batu Yon di Lipis setelah gagal membina kolam perangkap kelodak sehingga menyebabkan air di Loji Rawatan Air (LRA) Merapoh sukar dirawat pada 11.45 pagi, 28 Jun lepas. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 37(1)(c) Enakmen Sumber Air 2007 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, dan boleh didenda maksimum RM1,000 setiap hari jika kesalahan itu berterusan dilakukan. 

Berdasarkan fakta kes, Lew didakwa menyelia kerja pembukaan tanah bagi tujuan penanaman pokok ‘Revotropix Paulownia’ yang kayunya banyak digunakan dalam pembuatan perabot dan bahan bakar melibatkan kawasan sekitar 12.14 hingga 20.23 hektar. 

Syarikat OKS bekerja, United Paulownia Plantation Sdn Bhd diberikan kerja itu oleh syarikat Bintang Tower Sdn Bhd yang memajak tanah bersebelahan Sungai Merapoh milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang dan kerja yang dilakukan menyebabkan tanah terhakis dan mengalir ke sungai. 

Lew yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah hanya menjatuhkan hukuman denda minimum kerana dia baru sahaja bekerja dengan syarikat itu pada tahun lepas, selepas hampir setahun tidak bekerja akibat syarikat lama tempat dia bekerja terjejas akibat pandemik COVID-19. 

"Gaji bulanan sebanyak RM5,000 digunakan untuk menyara orang tua dan tiga anak yang masih belajar manakala isteri saya tidak bekerja. Saya juga telah mengaku bersalah dan berharap mahkamah boleh meringankan hukuman saya," katanya. 

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Izzat Ikhwan Abu Bakar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk dijadikan pengajaran kerana kesalahan tersebut menyusahkan banyak pihak. 

"LRA Merapoh terpaksa ditutup selama tiga hari akibat kekeruhan air yang berlaku, sehingga menjejaskan kehidupan seharian 1,701 akaun pengguna selain menyukarkan perniagaan yang memerlukan air. 

"Malah, kerajaan negeri juga menanggung kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan LRA itu akibat bacaan kelodak terlalu tinggi. Projek ini merupakan projek berskala besar dan OKS seharusnya lebih peka dengan apa yang dilakukan," katanya. Lew membayar denda itu. - Bernama    

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia