web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Abai Bayi Hingga Mati, Pasangan Kekasih Indonesia Dipenjara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:34PM

Gambar hiasan - Gambar dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sepasang kekasih warga Indonesia masing-masing dipenjara enam dan tujuh tahun selepas mengaku bersalah mengabaikan seorang bayi berusia lapan bulan sehingga menyebabkan kematian, di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh Jusman Jamil, 42, dan Putri Elisyah Muktar, 20, didakwa mengabaikan Baby Christina Putri Elisyah, 8 bulan, sehingga berlaku kecederaan yang membawa kepada kematian mangsa.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menghantar Baby Christina bagi mendapatkan rawatan kesihatan di Wad Kanak-Kanak Hospital Besar Tawau pada jam 11 malam, 8 Februari lalu.

Hasil pemeriksaan CT scan mendapati, bayi malang itu mengalami pendarahan pada bahagian otak, bengkak di kepala dan beberapa kecederaan fizikal lain,  menyebabkan pegawai perubatan bertindak membuat laporan polis.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kesan dan komplikasi kecederaan pada jam 5 pagi, 26 Februari lalu.

Hasil siasatan mendapati Putri Elisyah, iaitu ibu kepada bayi berkenaan melakukan penganiayaan, pengabaian dan mendatangkan kecederaan fizikal terhadap  Baby Christina, antara September 2020 hingga 8 Februari 2021, di sebuah rumah tidak bernombor, Lorong 8, Kampung Kau Sing, Batu 6½, Jalan Apas, dalam daerah Tawau.

Jusman yang tinggal bersekedudukan dengan Putri Elisyah pula mengetahui dan melihat perlakuan penganiayaan itu, namun tidak menghalang atau melaporkan kekejaman tersebut kepada pihak berkuasa.

Susulan kesalahan, kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian memerintahkan Putri Elisya dan Jusman masing-masing dipenjara tujuh serta enam tahun berkuatkuasa hari ini.

Mereka juga akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pengusiran selepas habis menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Surianaya manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Getaran, 25 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia