web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diserang Guna Senjata Tajam, 2 Pemuda Nyaris Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Oct 2021 9:49PM

3 suspek yang ditahan bagi siasatan kes merusuh di Kampung Peraya Jalan Padawan, Kuching, petang semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dua pemuda nyaris maut apabila diserang sekumpulan 20 lelaki di Kampung Peraya Jalan Padawan, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian pada jam 6 petang itu berlaku apabila kedua-dua mangsa bersama empat rakan mereka sedang membaiki kereta di bengkel.

Menurut beliau, mereka didatangi kumpulan lelaki berkenaan yang bersenjatakan pedang samurai, besi, kayu hoki dan sejenis senjata menyerupai senapang patah.

"Abang mangsa yang berusia 32 tahun cedera ditetak di tangan kanan manakala mangsa hanya mengalami calar dan lebam kerana sempat melarikan diri," katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, polis memberkas tiga lelaki susulan kejadian, masing-masing berusia 28 hingga 30 tahun.

"Mereka ditangkap di lokasi berasingan di pasar Siburan, Kampung Duud dan sebuah rumah di Jalan Kuching-Serian sekitar jam 6 pagi hingga 7.30 pagi tadi," katanya.

Getaran difahamkan, insiden terbabit turut mendatangkan kerosakan pada kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik mangsa dan kereta pelanggan yang terdapat di bengkel tersebut.

"Telefon bimbit milik abang mangsa jenis Nova 5b pula dibawa lari oleh seorang daripada suspek," jelasnya.

Punca kejadian tambah Abang Zainal Abidin, masih tidak diketahui dan kesemua suspek gagal dikenali kerana menggunakan pelitup muka.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sedang giat mengesan suspek yang masih bebas. 

"Kesemua suspek yang ditahan itu tidak mengaku menyerang mangsa tetapi tidak menolak ada berada di lokasi kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden terbabit diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233. - Getaran, 25 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia