web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Benar Najib Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport Ke Singapura

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Oct 2021 1:05PM

Najib Razak - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga Mahkamah Tinggi berasingan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang dijangka melahirkan anak kedua pada awal November.

Tiga hakim iaitu Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Najib selepas pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan itu.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul, Mohamad Mustafa P. Kunyalam dan Shafiq Hasim.

Najib, 68, selaku pemohon yang memfailkan notis usul pada 21 Oktober lepas, memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober sehingga 22 November kepada 25 Oktober sehingga 6 Disember ini untuk melawat Nooryana di Singapura.

Ahli Parlimen Pekan itu dalam afidavit sokongannya berkata beliau juga diamanahkan untuk membantu jentera parti UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan memandangkan Presiden Parti UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada masa itu, akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan tulang belakang.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bekas perdana menteri itu telah memfailkan notis usul untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura dan akan berangkat ke negara itu pada 21 November, sehari selepas PRN Melaka.

Najib dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini atas dakwaan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada laporan audit akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Muhammad Shafee berkata sepatutnya 29 dan 30 November ditetapkan untuk sambung bicara, namun ia akan diganti dengan tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian berikutan anak guamnya masih berada di Singapura pada waktu itu.

Sementara itu Muhammad Shafee turut memaklumkan kepada Hakim Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion, bahawa tarikh perbicaraan kes pada 9 hingga 11 November ini diteruskan seperti biasa sebelum anak guamnya berangkat ke Singapura pada 21 November.

Di hadapan Hakim Muhammad Jamil, peguam itu memaklumkan bahawa Najib akan kembali ke negara ini pada 5 Dis dan akan memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah pada 6 Disember.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Najib bakal dibicarakan bersama-sama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia