web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Seksual Pandelela Rinong Perlu Penjelasan Lanjut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 4:58PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu gangguan seksual membabitkan atlet negara, pegawai serta jurulatih perlu ditangani dengan serius, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau bagaimanapun berkata, penjelasan daripada pihak yang terlibat dalam aduan gangguan seksual seperti didedahkan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong perlu diperoleh sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat.

“Seperti saya nyatakan dalam sidang media semalam, kita perlu mendapatkan penjelasan daripada Datuk Pandelela dan mereka yang terlibat dalam jenaka lucah atau sebagainya, sebelum tindakan sewajarnya diambil. Itu yang saya sebut dalam sidang media semalam.

“Saya mesti pertahankan kejadian buruk yang berlaku kepada Datuk Pandelela dan mana-mana atlet terkesan akibat perkara ini, kerana kita perlu pertahankan atlet-atlet yang mengharumkan nama negara,” katanya ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas) mengenai pendiriannya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung gangguan seksual melibatkan atlet.

Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan turut meminta penjelasan terhadap cadangan penubuhan jawatankuasa tertinggi KBS bagi melihat aduan serta kes gangguan seksual.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo (PH) bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat 21(1), dan bertanya sama ada Ahmad Faizal selaku menteri sedar bahawa tiada had masa yang melibatkan sebarang aduan atau masalah jenayah.

“Apa yang dibangkitkan menteri ini berkenaan isu Pandelela, sebenarnya menteri ini tidak layak jadi menteri KBS kerana beliau tidak beri sokongan pada mereka atau apa yang disebut Pandelela.

“Saya nak tanya adakah menteri tahu bahawa tiada had masa melibatkan aduan masalah jenayah, dan kalau aduan itu walaupun lama ia patut diambil tindakan?” soalnya.

Peraturan Mesyuarat 21 (1) menyatakan, pertanyaan boleh diarahkan kepada semua menteri berkenaan untuk sebarang isu berkaitan jawatan, undang-undang atau usul yang berkaitan Majlis Mesyuarat, di bawah portfolio berkaitan.

Ahmad Faizal turut meminta Majlis Sukan Negara untuk menitikberatkan ‘gender training’ dalam semua latihan sukan. - Getaran, Selasa, 26 October 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia