web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2024 7:59AM

Pendakwah Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM – Seorang wanita di Mahkamah Majistret di sini semalam menafikan menaruh hati atau mempunyai hubungan 'suka sama suka' (consensual) dengan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu yang juga saksi kesembilan pendakwaan dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah berkenaan, berkata sekiranya perkara itu benar, dia akan mengikut kehendak Lew yang mahu melihat anggota tubuh badannya semasa panggilan video antara mereka.

Saksi yang juga pengadu kes itu ketika pemeriksaan balas peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Lew berkata, dia menolak permintaan Lew dan dia telah merakam panggilan video berkenaan.

Di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, saksi itu berkata pada mulanya dia tidak berniat merakam video berkenaan tetapi dia tidak menyesal melakukannya kerana video berkenaan berguna untuk dirinya sebagai bahan bukti bagi mendapatkan keadilan berhubung gangguan seksual Lew terhadapnya.

Ram Singh: Kenapa kami melakukan itu (merakam panggilan video) memandangkan berdasarkan bukti kamu merekod tanpa persetujuan atau pengetahuan Ebit Lew?

Saksi: Saya tidak tahu masa tu memang gerak hati saya untuk rakam dan itu adalah kali pertama saya buat rakaman. Kalau tanya hari ini, bagi saya ada hikmah saya rakam (video itu).

Sementara itu saksi pendakwaan ke-10, Jurufoto Polis Diraja Malaysia (PDRM) Detektif Koperal Shahrul Sanudin, 38, memberitahu dia telah mengambil 35 keping gambar di sebuah rumah di Shah Alam pada 19 Ogos 2021 dan dua keping gambar telefon bimbit.

Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Analia Kamaruddin, saksi itu berkata gambar-gambar itu antaranya termasuk gambar hadapan luar rumah, nombor rumah, bil elektrik, ruang tamu, gambar kepala katil, bantal, bilik air dan gambar bahagian hadapan serta belakang telefon bimbit.

Saksi ke-11, Jurufoto PDRM Detektif Koperal Husni Haris Ramli@Fauzi, 34, pula memberitahu dia turut mengambil empat keping gambar bahagian depan dan belakang telefon bimbit bersama kad sim dan memori kad.

Husni Haris berkata, dia memindahkan gambar-gambar berkenaan ke dalam dua keping cakera padat (CD) dengan tandaan berkaitan laporan kes di Tenom.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung hari ini. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki