web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 9:01AM

Abdul Qawiy Aro - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nama seorang pempengaruh yang terkenal dengan program berasaskan Al-Quran panas, selepas dia didakwa melakukan gangguan seksual ke atas beberapa gadis.

Bukan sekadar menghantar pesanan ringkas, pempengaruh itu juga didakwa membuat panggilan video lucah terhadap seorang wanita, dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Menerusi tangkap layar laporan polis yang dilihat Getaran, pempengaruh berkenaan, Abdul Qawiy Aro, 27,  dikatakan melakukan perbuatan terlibat pada jam 2.04 pagi, 15 Mei lalu.

Tangkap layar laporan polis yang dikatakan dibuat mangsa - Gambar X
Tangkap layar laporan polis yang dikatakan dibuat mangsa - Gambar X

Susulan insiden, pencipta konten, Abudi Alsagoff menerusi bebenang di X mencabar hos program ‘Tebuk Al-Quran’ itu membuat sumpah laknat, jika benar semua dakwaan terbabit adalah fitnah semata-mata.

Katanya, dia tidak pernah mengenali pemuda tersebut sebelum ini atau mengambil peduli aktiviti dilakukan pemuda berkenaan. 

“Assalamualaikum saudara Qawiy, sebenarnya aku tak pernah kenal siapa kau, taktau kau siapa, dan tak pernah kisah pun kau buat apa.

“Tapi lepas kau “dm” aku di IG, kata nak saman aku bagai, baru aku tahu kau buat content tunggang agama dengan tebuk-tebuk bacaan Quran. Aku pelik, kenapa kau terasa?,” katanya. 

Jelas Abudi, aplikasi NGL yang digunakan pada waktu itu sama sekali tidak memperincikan identiti pemuda tersebut.

“Orang taktau pun siapa influencer Quran yang anon maksudkan. Dia tak sebut nama, aku pun tak kenal kau, bak kata orang tua-tua, siapa makan cili, dia terasa pedasnya. 

“Kalau takda angin, takkan pokok bergoyang. Tapi, apabila tiba-tiba kau mesej suruh aku padam, ugut plak nak saman, aku terus skeptikal dengan kau,” katanya.

Bebenang dihasilkan Abudi Alsagoff yang mengandungi desakan agar Qawiy melakukan sumpah laknat jika benar dia difitnah - Gambar X
Bebenang dihasilkan Abudi Alsagoff yang mengandungi desakan agar Qawiy melakukan sumpah laknat jika benar dia difitnah - Gambar X

Lebih menghangatkan suasana, beliau turut mencabar Qawiy untuk bermubahalah (melakukan sumpah laknat) jika benar dirinya tidak bersalah seperti didakwa.

“Qawiy, kau nak tau tak, telah sampai kepada aku beberapa laporan polis yang tertulis nama Abdul Qawiy Aro, yang bernombor telefon diakhiri dengan 636, melibatkan laporan gangguan seksual. Aku taktau adakah itu orang yang sama dengan kau. Kalau itu kau pun. Aku tak pelik pun sebab tiba-tiba army kau ramai serang ni.Aku memang tak pernah percaya dan skeptikal dengan kaum lebai dan penunggang agama.

“Namun kalau bukan kau, aku CABAR kau untuk bermubahalah (sumpah laknat) di dalam semua sosial media kau, dengan sumpah seperti ini. Yelah, kau kan orang Al-Quran, mesti kau tahu laknat Allah itu sangat dahsyat, kan?” katanya, sinis.

Sementara itu, Qawiy menerusi kenyataan di Instastory menafikan terbabit melakukan perbuatan keji tersebut.

Kenyataan dibuat Qawiy menerusi Instastory - Gambar Instagram
Kenyataan dibuat Qawiy menerusi Instastory - Gambar Instagram

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di social media tentang Qawiy. Ye sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ni dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di social media adalah tidak benar dan fitnah. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT. Terima Kasih,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah