web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peneroka Maut Dipercayai Terkena Tembakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 7:30AM

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang peneroka maut dipercayai akibat terkena tembakan di dada dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Bukit Sagu 4 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mohamad Omar, 67, dari Felda Bukit Sagu di sini turut cedera di tapak tangan kanan dan polis menemukan selaras senapang buatan sendiri di lokasi kejadian.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 4.22 petang oleh kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Goh di sini, selepas Mohamad dibawa ke klinik itu oleh isteri dan rakan lelaki Mohamad.

“Siasatan awal mendapati peneroka itu telah keluar untuk mengait kelapa sawit kira-kira 10 pagi tadi sebelum dikatakan menghubungi isterinya pada 3.36 petang memaklumkan dirinya telah ditembak.

“Isteri Mohamad mendakwa telah menghubungi rakan baik Mohamad untuk membantu mencari suaminya itu dan kemudian menemukan suaminya dalam keadaan parah sebelum doktor mengesahkan kematian suaminya pada 4.20 petang,” katanya yang dihubungi semalam.

Wan Mohd Zahari berkata mayat Mohamad dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, anak perempuan Mohamad, Noraini, 42, yang ditemui di klinik kesihatan itu berkata dia dihubungi ibunya kira-kira 4 petang yang memintanya segera ke klinik kesihatan itu kerana sesuatu telah menimpa ayahnya.

“Kali terakhir saya bertemu ayah ialah pada dua minggu lepas. Walaupun saya tinggal di Jabor (Kuantan), namun saya tidak dapat pulang ke rumah kerana kerap ke hospital bagi menemani suami menjalani rawatan susulan akibat kemalangan,” katanya.

Noraini berkata jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Sagu 3 selepas semua urusan selesai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia