web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ingkar SOP PPN, Pusat Hiburan Didenda RM25,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 10:23AM

Sebanyak 43 pengunjungnya pusat hiburan tersebut turut menerima kompaun berjumlah RM235,000.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan yang berdegil meneruskan operasi walaupun aktiviti berkenaan masih dilarang di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 4, menerima padah apabila didenda RM25,000.

Lebih malang lagi, bukan saja pemilik pusat hiburan terbabit didenda, 43 pengunjungnya turut menerima kompaun berjumlah RM235,000.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, 21 pegawai dan anggota JPJKK Kuala Lumpur terbabit dalam serbuan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan mendapati premis terbabit melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN Fasa 4 2021 dengan melakukan aktiviti terlarang dalam pub atau kelab malam.

“Polis mengeluarkan kompaun keseluruhan sebanyak RM260,000 terhadap pemilik dan pengunjung premis terbabit yang terdiri daripada 27 lelaki serta 16 wanita.

“Dalam serbuan itu, kesemua pengunjung menjalani ujian saringan air kencing dan hasilnya adalah negatif,” katanya kepada pemberita.

Azman berkata, pihaknya turut merampas minuman keras pelbagai jenis sebanyak 431 botol bernilai RM220,500 dalam serbuan itu.

“Rampasan dilakukan mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1967 dan boleh dilucut hak mengikut Akta Kastam 1967.

“Operasi ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam merealisasikan usaha kerajaan menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 5 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia