web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anak Mat Sabu Bebas Tuduhan Penyalahgunaan Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2021 4:42PM

Ahmad Saiful Islam (kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel dua tahun lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam atas tuduhan penyalahgunaan dadah, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan rayuan Ahmad Saiful Islam, 33, untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 24 Jun tahun lepas.

Hakim Sequerah dalam penghakimannya berkata pengambilan hanya satu botol air kencing telah membuka kemungkinan berlakunya pencemaran kerana sampel yang sama digunakan oleh polis untuk ujian saringan dan ahli kimia untuk ujian pengesahan.

“Mahkamah mendapati kegagalan pihak polis untuk mematuhi garis panduan dengan tidak mengambil dua botol sampel air kencing telah menyebabkan sabitan itu cacat,” kata hakim itu.

Menurut beliau Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) F103 dan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan dua botol plastik kosong dan bersih untuk mengumpul air kencing daripada suspek yang disyaki menyalahgunakan dadah.

“Suspek perlu diberi pilihan untuk memilih dua botol itu, salah satu botol untuk tujuan saringan polis manakala sampel kedua dihantar ke hospital untuk ujian pengesahan selepas botol pertama disahkan positif dadah.

“Botol kedua mesti ditutup dengan kemas dan selamat … garis panduan KKM Bil 6/2002 memerlukan sekurang-kurangnya 30 mililiter (ml) sampel air kencing diambil dalam satu botol,” katanya.

Hakim Sequerah seterusnya berkata adalah terbukti bahawa anggapan di bawah Seksyen 37(K) Akta Dadah Berbahaya perlu disangkal atas imbangan kebarangkalian mempunyai standard yang lebih tinggi daripada hanya untuk menimbulkan keraguan munasabah.

“Dalam keadaan itu, terdapat sebab yang lebih kukuh mengapa proses pengambilan sampel air kencing perlu dijalankan dengan pematuhan ketat dan prosedur, yang dalam kes ini adalah garis panduan dan kemungkinan pencemaran sampel dapat diminimumkan jika tidak dihapuskan kesemuanya.

“Oleh itu, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap perayu dan hukuman serta sabitan ini sepatutnya diketepikan. Wang jaminan berjumlah RM9,000 akan dikembalikan kepada perayu,” kata hakim itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah manakala Ahmad Saiful Islam diwakili peguam Datuk Nicholas Kow, Nasar Khan dan Emile Ezra Hussain.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di sini pada 2.05 pagi, 5 Jan 2019.

Pada 24 Jun tahun lepas, Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas tertuduh selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Mahkamah memerintahkan Ahmad Saiful Islam menjalani hukuman penjara itu mulai 24 Jun tahun lepas dan menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan selepas selesai hukuman penjara.

Pada 2 Julai tahun lepas, Ahmad Saiful Islam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret berhubung hukuman itu.

Mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia