web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buruh Ladang Dipenjara 16 Tahun Cedera Rakan Sehingga Mati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2021 5:50PM

Iwan dijatuhkan hukuman berkenaan dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei 2018.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang buruh ladang warga Indonesia dihukum penjara 16 tahun di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, selepas mencederakan rakan senegara sehingga menyebabkan kematian, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Iwan Razali, 24, dijatuhkan hukuman berkenaan dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei 2018, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan Hakim Dr Lim Hock Leng.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, dia didakwa dengan niat mendatangkan kecederaan kepada Amir Mappiase, 35, yang mana menyebabkan kematiannya di sebuah rumah bernombor W010, Blok 3, Kampung Murai, Ladang Kretam, dalam daerah Kalabakan, antara jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, 4 Mei 2018.

Terdahulu, Iwan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat.

Pihak pembela kemudian mengemukakan surat representasi kepada Pejabat Peguam Negara untuk menawarkan pertuduhan pilihan Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan diterima.

Sehubungan itu, Iwan didapati bersalah di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hock Leng dalam penghakimannya berkata, tertuduh mendakwa diserang mangsa menggunakan parang dan dia hanya bertindak mempertahankan diri.

Tambah Hock Leng, terdapat 41 kesan tikaman pada seluruh anggota badan mangsa termasuk tangan kirinya putus menyebabkannya meninggal dunia.

Justeru Hock Leng berkata hukuman berat perlu dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepada Iwan dan juga masyarakat.

Dalam prosiding tersebut, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam Ram Singh Harban Singh dan Kamaruddin Chinki.

Berdasarkan fakta kes, pada 4 Mei 2018, mangsa mendapati isterinya menjalin hubungan sulit dengan tertuduh di kediaman mereka di ladang berkenaan.

Tertuduh mendakwa mangsa menyerangnya dengan parang terlebih dahulu dipercayai akibat berang sehingga berlaku pergaduhan.

Tertuduh sempat mengambil sebilah parang lain di dapur dan berjaya menetak tangan dan belakang leher mangsa.

Menurut jiran, sebaik mendengar bunyi orang bergaduh, mereka melihat tertuduh keluar dari rumah berkenaan dan berlari ke arah hutan berhampiran.

Hasil bedah siasat di Hospital Besar Tawau, mangsa mengalami 41 kesan tikaman dan kelar pada seluruh anggota badan dengan tangan kirinya putus akibat ditetak. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia