web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Galak Bermain Tik Tok, Seorang Wanita Hampir Dicerai Suami

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 7:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara galak bermain Tik Tok, seorang wanita hampir diceraikan oleh suaminya, dedah Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Moktar Salleh.

Beliau berkata kes tersebut membabitkan pasangan berusia 30-an apabila lelaki itu mengugut untuk menceraikan isterinya dengan talak satu.

“Lelaki itu cemburu apabila ramai yang memberikan tanda suka kepada hantaran isterinya yang tular.

“Walaupun disuruh berhenti TikTok, tetapi isterinya enggan, jadi lelaki itu mengugut mahu menjatuhkan talak jika pasangannya masih berterusan bermain aplikasi itu,” katanya kepada media di sini hari ini.

Moktar Salleh
Moktar Salleh

Namun beliau berkata selepas sesi ‘pujukan’ kes itu berjaya dielakkan menerusi syarat yang dikemukakan suami. 

“Suami bersetuju memberi masa kepada isterinya untuk berubah sebelum kes itu dirujuk ke mahkamah syariah,” katanya.

Pada masa sama beliau mengingatkan golongan lelaki yang sudah berkahwin agar tidak menggunakan lafaz talak sesuka hati jika menghadapi masalah dengan pasangan.

Ini katanya akan memberi kesan buruk terhadap institusi rumah tangga yang dibina. 

Beliau berkata situasi perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah itu sentiasa berlaku dalam masyarakat di negara ini. 

Justeru itu beliau menasihati pasangan suami isteri perlu mencontohi perjalanan hidup Rasulullah serta  berpegang dengan hukum syarak bagi mengekalkan keharmonian hidup berumah tangga. 

Di Terengganu, kadar perceraian pada 2019 merekodkan sebanyak 2691 kes manakala 1617 kes dicatatkan pada 2020. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia