web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amuk Guna Pedang Samurai, 9 Geng Kongsi Gelap Diberkas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 9:18PM

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Sudirman Kram

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Pihak polis memberkas sembilan lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap, selepas menetak seorang awam menggunakan pedang samurai sehingga cedera parah di hadapan sebuah bistro di Batu 9, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan (DSP) Sudirman Kram berkata, kesemua suspek merupakan warga tempatan berusia 20 hingga 29 tahun.

Menurut beliau, mereka ditangkap di sekitar kawasan Batu 7 dan Padawan.

“Pihak polis masih menyiasat punca kejadian ini,” katanya hari ini.

Getaran difahamkan, kumpulan kongsi gelap ini bergiat aktif menjalankan aktiviti haram di sekitar daerah Kuching, Samarahan, Serian serta Padawan, dan dipercayai turut  terlibat dengan beberapa kejadian keganasan sebelum ini.

Kumpulan terbabit dipercayai dilindungi oleh beberapa individu berpengaruh.

Beliau berkata, mangsa kini masih menerima rawatan di sebuah hospital di Kuching.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata,” ujarnya.

Sudirman berkata, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

“Kita memohon agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menganggu siasatan polis,” tegasnya. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia