web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelemahan Pemantauan, Jabatan Imigresen Rugi RM81.69 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 2:17PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelemahan pemantauan dan perjanjian yang tidak jelas telah menyebabkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerugian sebanyak RM81.69 juta berikutan penalti yang tidak dikenakan terhadap sebuah syarikat yang mengendalikan kutipan hasil Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara dalam talian.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 yang dikeluarkan hari ini, JIM didapati tidak mengenakan penalti terhadap kelewatan serahan pelekat PLKS kepada pengguna berjumlah RM73.89 juta serta penalti kelewatan remitan dan penalti kesilapan mencetak pelekat itu masing-masing berjumlah RM0.49 juta dan RM7.31 juta.

“Pengauditan yang dijalankan di Bahagian Pekerja Asing dan Bahagian Kewangan di Ibu Pejabat JIM bagi tahun kewangan 2020 itu turut mendapati tuntutan caj perkhidmatan PLKS oleh syarikat perkhidmatan berjumlah RM25.94 juta juga belum dibayar kerana kelewatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memuktamadkan perjanjian tambahan,” menurut laporan itu.

Justeru, pihak audit mengesyorkan JIM agar melakukan penambahbaikan dan tindakan sewajarnya bagi memastikan syarat dan klausa perjanjian dipatuhi dan dikuatkuasakan bagi menjamin kepentingan kerajaan.

“Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak yang memberi kuasa dan JIM perlu mewujudkan mekanisme pemantauan secara berkala terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat berkenaan,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut pemantauan perlu dilakukan terutamanya berkaitan pelekat PLKS yang rosak, lewat serah dan belum digunakan bagi memastikan ia diserahkan kepada pengguna dalam tempoh masa yang ditetapkan dan tidak disalah guna.

Selain itu, laporan berkenaan juga mengesyorkan KDN dan JIM untuk memastikan perjanjian tambahan dimuktamadkan secepat mungkin bagi menjamin kepentingan kerajaan dan mengelakkan masalah pembayaran kepada syarikat terlibat.

“Tempoh perjanjian perkhidmatan secara dalam talian pembaharuan PLKS antara KDN dengan syarikat perkhidmatan berkenaan adalah dari Mei 2015 hingga Mei 2020 dan KDN telah mengemukakan permohonan perlanjutan perjanjian kepada Kementerian Kewangan pada 20 Mei 2020.

“Kementerian Kewangan pada 12 Jun 2020 telah meluluskan permohonan berkenan bagi tempoh tiga tahun mulai 23 Mei 2020 hingga 22 Mei 2023 bagaimanapun semakan audit mendapati perjanjian tambahan belum dimuktamadkan,” menurut laporan itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia