web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belum Ada Pertemuan Dengan Kumpulan Anti Vaksin - Dr Noor Azmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Oct 2021 2:29PM

Dr Noor Azmi (kanan) menyuntik vaksin COVID-19 kepada salah seorang pelajar ketika melawat PPV SJKC Triang 2, Bera, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Usaha mengatur pertemuan antara wakil Kementerian Kesihatan (KKM) dengan wakil kumpulan antivaksin masih belum berhasil, kata Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, tujuan utama perjumpaan itu adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan vaksin dan mendapatkan reaksi balas daripada kumpulan terbabit. 

"Saya sebut (perjumpaan dengan golongan antivaksin) adalah bagi memberi penerangan, saya bimbang mereka mendapat maklumat yang salah atau persepsi yang salah, anggapan yang salah. 

"Tapi setakat ini, tidak ada (kumpulan antivaksin) yang 'respon' dengan saya, tidak ada respon, 'nobody say yes', diaorang tak nak (jumpa)," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Triang 2, dekat sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status cadangan dikemukakan dalam sidang Dewan Rakyat pada 17 Oktober lalu untuk mengadakan perjumpaan dengan kumpulan anti vaksin, yang masih dengan pendirian mereka menolak pengambilan imunisasi COVID-19 walaupun ditawarkan secara percuma oleh kerajaan. 

Selain dihadiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pertemuan dirancang itu juga akan mengemukakan data klinikal yang sahih berkaitan kajian membabitkan vaksin kepada kumpulan berkenaan. 

Sementara itu, mengulas mengenai proses suntikan vaksin ketika musim tengkujuh yang dijangka melanda Pantai Timur pertengahan bulan depan, Dr Noor Azmi berkata, kira-kira 8,000 klinik swasta dan pakar sudah mendaftar untuk mengambil alih program vaksinasi selepas semua PPV ditutup. 

"Sekarang pun sudah banyak PPV ditutup, PPV mega ditutup dan kita akan serahkan kepada klinik swasta untuk meneruskan proses vaksinasi. 

"Sebelum ini kita sudah ada lebih 2,000 klinik swasta berdaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dan sekarang kita ada 8,000 lebih yang akan meneruskan program (vaksinasi) ini," katanya.

Serentak dengan itu Dr Noor Azmi berkata, program suntikan vaksin tidak akan terjejas sepanjang musim tengkujuh dan KKM optimis dapat melengkapkan proses suntikan vaksin untuk remaja pada 21 November ini.

Walaupun kebanyakan PPV sudah ditutup, orang ramai yang masih belum menerima suntikan vaksin boleh mengunjungi klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan temu janji dan suntikan vaksin mereka," katanya. - Getaran, 28 Oktober 202

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia