web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syarikat Pengeluar Arak ‘Timah’ Mohon Seminggu Untuk Tukar Nama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 7:40PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar minuman keras tempatan berjenama 'Timah’ sedang dalam pertimbangan untuk menukar nama dan imej pada label produk mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama ‘Timah’ itu yang hangat dibincangkan di platform media sosial sejak ia dilancarkan awal bulan lalu.

Ia menimbulkan kontroversi kerana didakwa tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

“Melalui perbincangan yang telah diadakan, syarikat Winepark telah memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka," katanya di sini hari ini. 

Perkara itu dinyatakan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikannya secara hibrid semalam, melibatkan beberapa menteri dan wakil syarikat pengeluar minuman tersebut iaitu Winepark Corporation (M) Sdn Bhd.

Turut serta dalam mesyuarat berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Menurut beliau, pertemuan secara hibrid itu diadakan dalam suasana harmoni dengan menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara.

Pada 18 Oktober lepas, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor dilaporkan menggesa kerajaan supaya mengarahkan Winepark untuk segera menukar jenama 'Timah' berserta gambar pada botol yang digunakan, demi memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini.

Terdahulu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan pada 22 Oktober pula memaklumkan, syarikat pengeluar minuman itu tidak memohon sebarang khidmat nasihat label daripada pihaknya serta menegaskan bahawa BKKM tidak memberi apa-apa kelulusan berkaitan pelabelan. - Getaran, 28 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka