web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pinjam RM 8,000 Bayar RM 290,000, Along Diberkas 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 8:26PM

Suspek yang dipercayai along diberkas polis, kelmarin.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang lelaki yang menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen atau along diberkas polis selepas memaksa pelanggannya membayar balik pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi. 

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan ke atas suspek dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kelmarin, selepas menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia lewat 50-an.

"Mangsa mendakwa telah membuat pinjaman wang sebanyak RM8,000 dari seorang lelaki yang dikenali dengan nama Ah Wie dan dikenakan faedah 20 peratus.

"Dia diminta membayar balik pinjaman dalam tempoh tiga minggu. Mangsa juga diminta membayar jumlah keseluruhan yang mencecah RM290,000 atas alasan mangsa telah lewat membuat bayaran balik," katanya hari ini.

Beliau berkata, sehingga laporan dibuat, mangsa telah membayar semula pinjamannya berjumlah RM100,000  melalui bayaran bulanan antara RM7,950 dan RM8,750 sebulan semenjak tahun 2019. 

"Selain itu, mangsa turut diminta membayar RM265 sehari jika terlambat membayar ansuran bulanan.

"Pembayaran balik dibuat terus ke satu akaun yang diberikan oleh suspek," ujarnya.

Katanya, mangsa membuat laporan kerana tidak berpuas hati terhadap suspek apabila masih meminta bayaran dan mengenakan faedah  yang tinggi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 195," katanya. - Getaran, 28 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka