web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diperdaya Sindiket Tawar Kerja Sambilan Dalam Talian, Pesara Wanita Rugi RM240,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 7:55PM

Zulkipli Suhaili

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Seorang pesara wanita mengalami kerugian RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang berusia 53 tahun tertarik melihat iklan tawaran kerja itu, lalu bertindak menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut pada 30 September lalu.

Menurut beliau, nama mangsa seterusnya dimasukkan ke platform `online partime group WhatsApps' yang menghimpunkan semua pekerja sambilan dalam satu platform.

"Mangsa telah dihubungi oleh pihak perkhidmatan pelanggan melalui aplikasi WhatsApps mengenai terma terperinci syarikat dan ditanya sekiranya ingin mencuba," katanya hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu memberitahu mereka adalah syarikat pemasaran digital yang membantu peniaga e-dagang kecil meningkatkan penjualan dan membuka pasaran baharu.

"Menerusi pekerjaan sambilan itu, mangsa diberitahu boleh menjana pendapatan bermula RM300 hingga RM500 sehari, selain waktu bekerja yang fleksibel," uiarnya.

Zulkipli berkata, selepas setiap tugasan selesai, peniaga akan membayar balik pendahuluan serta komisen dalam masa lima minit.

"Setiap tugasan yang diberikan akan mendapat komisen 10 peratus, setiap langkah tugas adalah mudah dan sama," jelasnya.

Katanya, mangsa telah diminta melakukan beberapa tugasan yang diberi dengan membuat pembayaran terlebih dahulu. 

"Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak 41 kali transaksi ke dalam lapan akaun berbeza sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM240,000," katanya. - Getaran, 28 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka