web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


21 Anak Anjing Seludup Dirampas, Nilai Rampasan Cecah RM193,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 3:31PM

Anak anjing yang dipercayai diseludup dari negara jiran dirampas anggota PGA9 di Taman Permai, Gual Nering, di sini, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Permintaan yang tinggi menyebabkan haiwan turut menjadi objek untuk diseludup melalui pangkalan haram di sekitar Sungai Golok di sini.

Tindakan pantas Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) bagaimanapun berjaya merampas 21 anak anjing seludup bernilai RM168,000 di Taman Permai, Gual Nering, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA9, Superitenden Nor Azizan Yusof berkata, anggota bertugas yang sedang menjalankan operasi pada jam 6.30 pagi, terserempak dengan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram Kubang Rambutan.

Pajero yang digunakan untuk menyeludup anak anjing berkenaan.
Pajero yang digunakan untuk menyeludup anak anjing berkenaan.

Menurut beliau, anggota cuba menahan kenderaan itu namun pemandunya bertindak memecut laju ke arah Pasir Mas untuk melarikan diri.

“Anggota bertugas mengekori Pajero berkenaan, namun pemandunya mengubah arah jalan menghala ke Taman Permai, Gual Nering sebelum berjaya ditahan.

“Pemeriksaan awal di dalam kenderaan menemui sembilan sangkar mengandungi 21 anak anjing disyaki diseludup dari negara jiran, Thailand,” katanya di sini.

Nor Azizan berkata, pemandu Pajero berkenaan ditahan manakala kesemua anjing dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang bagi tindakan lanjut.

“Nilai rampasan anak anjing berjumlah RM168,000, manakala  jumlah keseluruhan rampasan termasuk Pajero ialah RM193,000,” katanya.

Nilai rampasan anak anjing yang diseludup adalah RM168,000.
Nilai rampasan anak anjing yang diseludup adalah RM168,000.

Getaran difahamkan, kesemua anak anjing itu dipercayai dibawa masuk melalui jalan sungai bagi memenuhi permintaan peminat haiwan peliharaan tempatan.

Jelas beliau, haiwan itu mendapat permintaan yang tinggi dan dijual pada harga serendah RM3,000 sehingga RM5,000 seekor.

“Penyeludupan haiwan ini berlaku berkemungkinan kerana harga di negara jiran lebih rendah dan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pencinta haiwan dari Kelantan dan juga negeri lain.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011 dan kesemua anak anjing itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kelantan untuk tindakan seterusnya,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka