web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Basikal Lipat Dirempuh 4WD, Penunggang Cedera Ringan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Oct 2021 4:23PM

Kenderaaan yang terlibat dalam kemalangan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang penjawat awam menempuh detik cemas selepas basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Sin On Tiku, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.46 petang itu, mangsa, 35, mengalami kecederaan ringan pada siku dan paha.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa penunggang basikal lain sedang dalam perjalanan dari Jalan Sin On Tiku menuju ke Air Panas.

“Ketika sedang menuruni bukit, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada di hadapan bertindak mengundurkan kenderaannya secara tiba-tiba dan membelok masuk ke simpang kanan,” katanya.

Keadaan basikal yang dilanggar oleh kenderaan pancuan empat roda.
Keadaan basikal yang dilanggar oleh kenderaan pancuan empat roda.

Menurut Peter, kejadian itu menyebabkan mangsa yang berada di belakang tidak sempat memberhentikan basikalnya lalu merempuh kenderaan dipandu lelaki berusia 69 tahun itu.

“Susulan insiden, kenderaan dan basikal lipat berkenaan mengalami kerosakan, manakala hanya penunggang basikal cedera ringan.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan didapati berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda berkenaan yang mengundurkan kenderaan dan membelok masuk ke simpang tanpa melihat pergerakan kenderaan lain di belakang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 17 LN166/59. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka