web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hutang Terkumpul 1MDB RM32 Bilion Setakat Akhir Jun 2021

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Oct 2021 4:43PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Sejumlah RM12.8 bilion komitmen kewangan dan pembayaran hutang 1MDB telah dilunaskan oleh kerajaan atau Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menerusi pinjaman dan pendahuluan setakat September lepas yang mencecah hampir RM10 bilion selain penggunaan Akaun Amanah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, baki terkumpul Akaun Amanah selepas mengambil kira pendapatan simpanan (hibah) adalah berjumlah RM15.3 bilion dan mampu membiayai obligasi 1MDB sehingga 2022.

Obligasi keseluruhan 1MDB berjumlah RM39.3 bilion merangkumi prinsipal sebanyak RM32.2 bilion dan faedah atau bayaran keuntungan atas pembiayaan (RM7.1 bilion).

1MDB ditubuhkan sebagai sebuah syarikat MKD pada 2009 bagi memacu pembangunan strategik negara, namun kebergantungan tinggi ke atas modal hutang serta tadbir urus korporat yang lemah menyebabkan syarikat tersebut mengalami masalah aliran tunai bermula akhir 2014 dan seterusnya memerlukan bantuan kerajaan.

“Aset berkaitan 1MDB bernilai RM18.2 bilion telah disita atau diperoleh semula dan diletakkan dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset di bawah kawalan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Antara aset yang diperoleh kembali termasuk sitaan aset fizikal serta bayaran penyelesaian oleh pihak yang terbabit dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, terimaan penyelesaian daripada institusi kewangan dan pihak lain seperti firma audit serta terimaan tunai daripada individu dan syarikat,” katanya.

Menurut laporan itu, selain bayaran penyelesaian kepada kerajaan, mantan pengatur terbitan bon bagi pihak 1MDB iaitu Goldman Sachs akan membantu dan memberi jaminan untuk mendapatkan semula aset bernilai sekurang-kurangnya US$1.4 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 4 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka