web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suami Isteri Bunuh Anak, Dihukum Gantung Sampai Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 8:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Tindakan tidak berperikemanusiaan pasangan suami isteri terhadap anak perempuan mereka akhirnya terbalas, apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah mereka didapati bersalah kerana membunuh.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan tersebut ke atas Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40, yang merupakan ibu tiri mangsa, Siti Hajar, 22, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, terhadap kes pendakwaan.

Ketika penghakiman, Zainal Azman berkata berdasarkan fizikal simati, ia jelas menunjukkan beliau telah dibiarkan terlalu lama tanpa makanan yang cukup, diabaikan rawatan kesihatan dan turut didera sehingga beratnya hanya kira-kira 18kg.

Katanya, fakta tersebut (pengabaian dan penderaan) telah dimaklumkan oleh pihak pakar bedah, ketika dipanggil memberi keterangan dan ia gagal disangkal oleh kedua-dua tertuduh.

“Adalah sesuatu yang mustahil perbuatan mereka berlaku dalam tempoh sehari dua, sebaliknya mangsa mungkin menderita selama berbulan-bulan. Kedua-dua tertuduh pastinya menyedari kesakitan yang dialami mangsa, namun tidak mengambil apa-apa tindakan mahupun memberi rawatan sewajarnya, sehinggalah berlaku kematian,” katanya.

Selain pasangan tersebut, dua lagi anak mereka iaitu Siti Sarah Anuar, 26, dan adik lelakinya yang kini berusia 19 tahun (ketika kejadian 14 tahun), turut didakwa atas pertuduhan yang sama, namun mahkamah telah melepas dan membebaskan mereka selepas didapati tidak bersalah.

Zainal Azman berkata Siti Sarah dan Amir Sharif turut berada dalam jagaan pasangan itu, namun tidak banyak yang boleh dilakukan, kerana turut terikat dengan tindakan ibu bapa mereka.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama-sama membunuh Siti Hajar di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai di Chukai pada 10.45 malam, 26 April 2016.

Pihak pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil 24 orang saksi, manakala tertuduh menampilkan tujuh saksi termasuk keempat-empat tertuduh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Politik 8 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Sukan 16 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA