web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Unit Rumah Pangsa Terbakar, Bayi Rentung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 12:50PM

Seorang bayi berusia setahun rentung dalam kebakaran yang berlaku di sebuah unit rumah pangsa di Jalan Tiga, Pusat Bandar Sandakan, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Seorang bayi lelaki berusia satu tahun rentung selepas sebuah rumah di Jalan Tiga, Pusat Bandar Sandakan terbakar, semalam.

Mayat bayi yang dikenali sebagai Adam itu ditemui di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.09 malam menerusi talian balai.

Beliau berkata 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian menggunakan dua jentera.

Katanya, sejurus tiba, kebakaran didapati melibatkan sebuah unit tingkat tiga di bangunan rumah pangsa setinggi enam tingkat itu.

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan segera dan api berjaya dikawal pada jam 12.24 pagi sebelum padam sepenuhnya pada jam 12.56 pagi.

"Pasukan kemudian membuat pemeriksaan dan menemui bayi berkenaan di dalam sebuah bilik," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Punca kejadian dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Getaran, 30 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka