web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salleh Keruak Gesa Perbaiki pelaksanaan Bajet 2022

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 4:53PM

Bantuan yang diumumkan menerusi Bajet 2022 ini diharapkan dapat membantu kumpulan sasaran. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa supaya  memperbaiki pelaksanaan bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2022, supaya matlamat sebenar membantu kumpulan sasaran dapat dicapai.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pengumuman Bajet 2022 semalam menunjukkan kesinambungan strategi kerajaan yang sama, tanpa mengira identiti parti.

“Dari BRIM-BSH-BPN-BKM, pada asasnya ianya bentuk bantuan tunai. Sememangnya kita mengalu-alukan bantuan sebegini.

“Tetapi kita berharap pelaksanaannya terus diperbaiki agar ia mencapai matlamat sebenar. Maksudnya, bantuan perlu sampai kepada yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Semalam, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan.

Sementara itu katanya, RM23 bilion lagi di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangkaan. - Getaran, 30 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka