web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kepimpinan James Masing Terserlah, Sarawak Hilang Pemimpin Berwibawa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 12:58PM

Suasana di rumah mendiang Dr. James Jemut Masing di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching, hari ini. - Gambar dari Twitter TVS

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pemergian Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi Sarawak, kerana kepimpinannya yang begitu terserlah sepanjang bergiat dalam bidang politik.

Mendiang juga antara individu yang begitu lantang memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat di luar bandar. 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan dalam kerajaan Sarawak sebagai wakil rakyat dan ahli Kabinet negeri, mendiang telah banyak membawa perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat di luar bandar khasnya di Kapit. 

Menurut beliau, Sarawak kehilangan seorang pemimpin berwibawa, dihormati oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa dan agama.

"Kita mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini," katanya hari ini.

Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di Pusat Perubatan Pakar Normah jam 7 pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh sebelum ini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu, sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Normah untuk rawatan lanjut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian pula berkata, Sarawak kehilangan pemimpin yang berdedikasi sepanjang hidupnya dalam memberi khidmat dan berjuang untuk Sarawak.

"Saya berbesar hati dapat berkhidmat bersama mendiang, menjadi rakan sekerja, kawan dan mendapat manfaat daripada kebijaksanaan, jenaka serta kemesraan beliau selama ini," katanya.

Katanya, mendiang adalah contoh pemimpin sejati yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat.

Sementara itu, Menteri Muda Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infastruktur Datuk Julaihi Narawi berkata, mendiang seorang pemimpin berpengalaman yang banyak menyumbang kepada pentadbiran serta pengurusan Sarawak. 

"Sumbangan dan jasa beliau terhadap pembangunan Sarawak sememangnya tidak dapat dinafikan, pemergian beliau kehilangan besar kepada Sarawak dan negara," katanya. - Getaran, 31 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka