web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri Potongan Separuh Harga Untuk OKU Beli Kereta Nasional

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Oct 2021 3:52PM

Richard Hamit

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan dicadangkan agar memberi potongan separuh harga untuk orang kelainan upaya (OKU) mendapatkan kenderaan nasional atau buatan Malaysia bagi memudahkan mobiliti, selain mengalakkan mereka menjana pendapatan.

Presiden Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS), Rapelson Richard Hamit berkata, fokus perlu diberi ke atas usaha membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada OKU.

Menurut beliau, ia termasuk perlaksanaan pekeliling satu peratus pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. 

“Geran-geran haruslah diperincikan kepada OKU bagi mengalakkan mereka menceburi bidang perniagaan dan membantu memulihkan perniagaan akibat pendemik COVID-19,” katanya hari ini.

Beliau berkata, persatuan dan kelab yang berjuang untuk memartabatkan golongan OKU perlu diberi perhatian sewajarnya, termasuk dari penyaluran bantuan berbentuk dana kewangan, khusus  membantu mereka selepas terjejas akibat COVID-19.

"Kita menyambut baik Bajet 2022 yang sangat peka dengan keperluan dan kehendak golongan OKU. Kerajaan juga mungkin bpleh menimbangkan untuk menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki OKU  tahun depan untuk meringankan kos sara hidup mereka.

"Ia mencakupi bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki oleh pasangan OKU, kerana OKU penglihatan misalnya, bergantung penuh kepada pasangan mereka dari aspek mobiliti,” katanya. - Getaran, 31 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka