web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tourism Malaysia Tawar E-Baucar RM400,000 Kepada Pengunjung Taman Tema

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 5:12PM

Nancy Shukri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tourism Malaysia menawarkan e-baucar bernilai RM400,000 kepada pengunjung di negara ini dalam kempen 'Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair' yang bermula semalam hingga 10 Disember.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengunjung taman tema boleh menebus e-baucar yang diperuntukkan menerusi kerjasama Tourism Malaysia dan Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) itu dalam kempen tersebut.

"Tawaran ini membolehkan pengunjung menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

"Penebusan e-baucar tunai bernilai RM10 setiap satu boleh dibuat dengan melayari laman sesawang MATFA di matfa.org.my bermula 30 Oktober berdasarkan terma dan syarat 'siapa cepat dia dapat'," katanya hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, MATFA optimis mampu meraih 50 peratus peningkatan kunjungan orang ramai ke taman tema sepanjang kempen itu berlangsung.

“Program kerjasama ini adalah selari dengan Pelan Pemulihan Pelancongan bertujuan menyemarakkan kembali industri pelancongan domestik yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Dianggarkan sekurang-kurangnya 40,000 rakyat di negara ini bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen ini,” katanya.

Sementara itu, Nancy turut menggesa semua operator taman tema yang terbabit agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

"Sebarang maklumat lanjut mengenai senarai taman tema yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen boleh dibuat dengan melayari laman sesawang matfa.org.my atau www.malaysia.travel," katanya. - Getaran, 31 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka