web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir: Sebuah Lagi PPS Dibuka Di Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Nov 2021 7:35AM

Anggota Pertahanan Awam mencari mangsa banjir yang terkandas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah bagi menempatkan 20 mangsa daripada enam keluarga yang melibatkan daerah Kota Setar iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 523 orang daripada 159 keluarga setakat 8 malam tadi.

“Jumlah ini meningkat berbanding 503 orang daripada 153 keluarga yang ditempatkan di PPS pada sebelah petang tadi. Setakat ini secara keseluruhan, terdapat 11 PPS yang dibuka di Kedah di empat daerah,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir di daerah Baling, Pendang dan Pokok Sena masih kekal sama seperti petang tadi iaitu masing-masing 279 orang, 188 orang dan 36 orang.

Beliau berkata tujuh PPS di Baling merangkumi SK Tanjung Pari, SK Siong, Dewan Orang Ramai Banggol Derom, SK Titi Gantung, SK Tengku Putera, SK Pulai dan SK Kedah.

PPS di Pokok Sena pula ialah Surau Permatang dan Masjid Sungai Durian manakala Dewan Rakan Sukan, Tanah merah pula bagi daerah Pendang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar Kapten (PA) Mohd Zain Bahrum pula berkata banjir di daerah Kota Setar berlaku disebabkan limpahan air banjir dari Pokok Sena yang berlaku kelmarin dan melalui Sungai Langgar.

“Jadi, air Sungai Langgar ini melimpah keluar sehingga ke kawasan rumah penduduk di sembilan kampung dalam daerah Kota Setar sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke PPS yang dibuka pada 6 petang semalam.

“Hujan hanya renyai-renyai sekejap sahaja hari ini di Kota Setar. Lepas itu dah tidak ada hujan. Banjir ini berpunca daripada limpahan air Sungai Langgar,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa dan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan hujan lebat sehingga berlaku banjir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 5 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia