web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lambang PRN Melaka: Majlis Syura Ulama PAS Serah Kepada J/Kuasa Kerja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 7:46AM

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Majlis Syura Ulama yang bersidang semalam menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk memutuskan penggunaan lambang parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam kenyataan malam tadi memaklumkan ketetapan itu dibuat bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan membuat keputusan berdasarkan strategi kebolehmenangan, selaras dengan Fasal 84, Perlembagaan PAS.

“Majlis Syura Ulama telah membincangkan penggunaan lambang dalam PRN Melaka dari sudut Siyaasah Syar’iyyah dengan menekankan kepentingan perundingan pertandingan dua penjuru agar kemenangan tidak memihak kepada PH (Pakatan Harapan).

“Majlis Syura Ulama melihat aspek ini dalam kerangka perkara-perkara ‘mutaghyyirat’ (boleh berubah) dan bukannya perkara ‘thawabit’ (yang tetap). Ia perlu disesuaikan dengan taktikal dan strategi parti. Justeru, Majlis Syura Ulama menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk membuat keputusan berdasarkan strategi kebolehmenangan bersama yang terbaik, selaras dengan peruntukan Perlembagaan PAS, Fasal 84,” katanya.

Selain itu, beliau berkata majlis juga turut meluluskan kelayakan calon bagi PRN Melaka untuk tindakan selanjutnya oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selaras dengan Fasal 26 (9)(f) perlembagaan parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November, penamaan calon pada 8 November manakala undi awal pada 16 November ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Oktober lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura Ulama turut sebulat suara memilih dan memperbaharui pelantikan Datuk Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam selaras dengan peruntukan Fasal 8(6) perlembagaan parti.

Majlis Syura Ulama juga menetapkan perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat ke Muktamar Tahunan PAS Kali ke-67 yang akan berlangsung pada 6 dan 7 November ini di Kuala Terengganu adalah berstatus pemerhati.

“Pemilihan Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat untuk sesi 2021/2023 pula akan diadakan seberapa segera dengan merujuk kepada aturan dan peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Hal ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan PAS, Fasal 87 (2) dan Fasal 91 (1),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 8 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 9 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka