web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkasa D11 Bantu Bela Nasib Mangsa Gangguan Seksual - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 8:19AM

Tengku Zafrul mengumumkan yang kerajaan akan memperkasakan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di Parlimen. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan peningkatan isu gangguan seksual di negara ini, pengumuman kerajaan untuk memperkasakan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) disifatkan tepat pada masanya.

Semasa sesi pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan bersetuju memperuntukkan RM13 juta khas bagi memperkasakan D11.

Kata beliau, peruntukan itu adalah bagi memastikan sebarang bentuk keganasan dan jenayah terhadap golongan kanak-kanak dan wanita dapat dihentikan.

Pakar Psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pengumuman tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani perbuatan tidak bermoral itu.

“Apa yang kerajaan lakukan ini hadir tepat pada waktunya. Ini menunjukkan kerajaan serius mahu menghentikan kes seperti ini.

“Menerusi pengumuman itu sedikit sebanyak membuka mata orang ramai mengenai kewujudan bahagian D11 memandang masih ada yang tidak tahu mengenainya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Jelas beliau lagi, bahagian tersebut perlu diperkasakan agar mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Kebanyakan mangsa tidak mendapat perlindungan atau intervensi, akhirnya kes itu tersimpan begitu sahaja. Nasib mangsa tidak terbela manakala pelaku pula bebas di luar sana.

“Jadi perlindungan itu amat penting. Mangsa perlu dilindungi tanpa mengira siapa pun si pelaku sama ada dia orang kenamaan, majikan atau sesiapa sahaja,” katanya.

Fauziah berkata, kebanyakan mangsa gangguan seksual mengalami trauma dan kemurungan teruk akibat pengalaman buruk dilalui mereka.

“Misalnya mangsa terima gangguan di tempat kerja, kita minta buat laporan polis. Tapi bila mereka dapat ancaman, mereka pun tarik balik laporan yang sudah dibuat.

“Keadaan itu akan meningkatkan tekanan emosi. Mangsa akan jadi trauma dan kemurungan yang teruk sekali gus memberi kesan kepada kehidupan sosial mereka,” katanya.

Mengenai tempoh untuk pulih, Fauziah berkata ia bergantung kepada mangsa itu sendiri.

Dr Fauziah Mohd Saad
Dr Fauziah Mohd Saad

“Misalnya gangguan seksual membabitkan bapa tiri memerlukan beberapa siri sesi kaunseling. Pertama kita akan <overcome> perasaan dia.

“Kemudian apabila nak betulkan kognitif dia, kita beri keberanian untuk dia buat laporan kepada pihak berkuasa. Kita juga akan <test> dulu tahap kesihatan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Fauziah turut menggesa pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan gangguan seksual  sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat Disember ini disegerakan.

“Buat masa ini tidak ada akta khas bagi menangani isu itu dengan berkesan. Jadi RUU berkaitan gangguan seksual perlu disegerakan.

“Sudah tentu ketiadaan akta khas ini akan mengganggu fungsi kehidupan sosial mangsa. Misalnya jika mangsa diganggu di tempat kerja. Banyak benda perlu dijaga apatah lagi di negara kita kes sebegini tidak diuar-uarkan kerana memalukan,” katanya.

Buat masa ini, beliau berkata mangsa gangguan seksual perlu menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Industri 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Kanun Keseksaan yang memiliki kelemahan.

Terdahulu, Fauziah mendedahkan, ramai tidak mengetahui kewujudan Bahagian D11 yang berperanan membantu mangsa jenayah seksual yang terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.

“Sebenarnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak. Ramai tak tahu sebab tak expose sangat.

“Jadi saya harap bahagian itu aktif bagi awareness kepada mangsa agar mereka berani buat laporan polis dan keselamatan mereka lebih terjamin,” katanya. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibarat Sedekah Kepada Penjenayah, Ramai Tinggal Kunci Pada Motosikal - KP Kedah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Penemuan Rangka Manusia Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka