web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAIS Benarkan Solat Jumaat, Fardu Ikut Jumlah Jemaah Ditetapkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 1:41PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu ditambah mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan di masjid dan surau berkenaan, kata Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Mohd Shahzihan menerusi kenyataan hari ini berkata penetapan jumlah jemaah itu dibuat susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya ketetapan bilangan jemaah untuk solat Jumaat bagi masjid dan surau dengan kebenaran solat Jumaat di Selangor, dinaikkan.

“Berikutan peningkatan jumlah jemaah terbaharu ini, Sultan Selangor turut menitahkan agar program-program pengimarahan diperluaskan bagi memastikan peranan masjid dan surau sebagai pusat ilmu Islam dan pusat komuniti ummah setempat kembali berfungsi,” katanya.

Menurutnya selain kebenaran meneruskan program pengimarahan, pihak pentadbir masjid dan surau dibenarkan melaksanakan program forum, diskusi, ceramah perdana, Kelas Pengajian Bersijil, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), aktiviti kursus dan latihan.

Selain itu, katanya sebagai usaha menggerakkan semula pendapatan masjid dan surau serta penjanaan ekonomi bagi ahli-ahli kariah, pihak pentadbir masjid, surau dan musala juga dibenarkan mengaktifkan kembali operasi kios, koperasi, lot gerai dan aktiviti penjanaan ekonomi yang lain.

Mohd Shahzihan berkata semua masjid dan surau turut dibenarkan melaksanakan majlis akad nikah, pengurusan jenazah bukan COVID-19, pelaksanaan mesyuarat berkaitan pengurusan masjid dan surau, serta jamuan selepas program pengimarahan.

Namun, katanya pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat dikehendaki melaksanakan program disinfeksi berkala dengan menggunakan dana sedia ada sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.

“Pentadbir masjid, surau dan musala hendaklah memaklumkan segera kepada Pejabat Agama Islam Daerah jika didapati berlaku sebarang penularan COVID-19 di masjid, surau atau musala masing-masing bagi mengenal pasti langkah-langkah kawalan.

“Mana-mana pegawai dan jawatankuasa masjid, surau dan musala yang belum mengambil suntikan vaksin lengkap dilarang terlibat dalam apa juga pengendalian solat Jumaat dan solat fardu serta aktiviti pengimarahan yang dijalankan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

Arwah Jaafar Onn Sering Ingatkan Mengenai Solat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka