web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Arwah Jaafar Onn Sering Ingatkan Mengenai Solat

Perkara itu dikongsi oleh pengarah kreatif, Amy Ikram menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya

Selebriti Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 8:09AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehilangan insan seni yang disenangi ramai, Jaafar Onn pada usia 73 tahun sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang mengenali dan akrab dengan beliau.

Penggiat seni dan juga pengarah kreatif, Mohd Akram Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Amy Ikhram adalah salah seorang daripadanya.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya, Amy berkongsi kerinduan dan kenangan dengan arwah yang dipanggil ‘papa’ ini.

“Bila diingatkan kembali, setiap awal pagi pada jam 5 atau 6 pagi mesti papa akan hantar pesanan. 

“Salam Suboh. Solat jangan lupa. Bukan itu sahaja, solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak pun sama. Masa ni papa masih sihat.”

“Kadangkala papa bebel cakap, kita ni sementara saja, Allah jangan lupa, dan kini tiada lagi.

“Banyak lagi kenangan tak terungkap. Papa, kami semua amat merindui. Moga Syurga buat mu papa. Amin,” tulis Amy.

gambar Amy Ikram
gambar Amy Ikram

Allahyarham Jaafar Onn meninggal dunia pada 3 April lalu, kira-kira jam 11.30 pagi ketika dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. 

Allahyarham Jaafar yang dilahirkan pada 19 Oktober 1951 di Muar, Johor, anak bongsu daripada tiga beradik.

Kerjaya seni Jaafar bermula sekitar awal 1970-an selepas Allahyarham berhijrah ke Kuala Lumpur dan menyertai kumpulan tarian terkenal yang membuat persembahan di stesen televisyen ketika itu.

Bakat lakonannya terserlah sekitar 1980-an apabila pelakon dan pengarah terkenal, Datin Rosnani Jamil membawanya ke dunia lakonan dengan membintangi telefilem berjudul Lagenda Lela Manja.

Jaafar juga pernah merakamkan album nyanyian, selain bergandingan dengan beberapa teman artis termasuk penyanyi Salwa Abd. Rahman, Rohana Jalil, Azie dan Lina Kamsan. – Getaran, 6 April 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Imam Solat Jenazah Salahuddin

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jaafar Onn Terkesan Dengan Pemergian Rohana Jalil – ‘Tiada Siapa Yang Sudi Berduet Dengan Saya Kecuali Arwah’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara