web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2024 4:35PM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kembalinya seniman veteran, Jaafar Onn ke rahmatullah pagi ini turut meninggalkan kesan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, seniman serba boleh berusia 72 tahun itu memiliki bakat unik dan tersendiri dalam bidang lakonan serta muzik.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Jaafar.

"Takziah kepada keluarga tokoh penghibur tanah air allahyarham Jaafar Onn Awang yang telah menyahut panggilan ilahi hari ini. 

"Kepada kita yang mengikuti dunia hiburan, pasti terkesan dengan berita ini, tatkala Allahyarham sentiasa menghiburkan masyarakat menerusi bakatnya yang unik dan tersendiri dalam bidang lakonan serta muzik," katanya di laman media sosial X.

Perdana Menteri turut mendoakan agar roh Allahyarham dikurniakan keampunan serta dipermudahkan urusan keluarganya.

gambar akaun X Fahmi Fadzil
gambar akaun X Fahmi Fadzil

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melalui platform sama menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai khabar duka buat industri seni tanah air.

Katanya, Allahyarham telah banyak menghiburkan rakyat negara ini dan mewarnai industri tanah air sepanjang hidupnya.

"Jasa dan bakti Allahyarham dalam pembangunan industri tersebut akan sentiasa diingati.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman," katanya.

Allahyarham Jaafar dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Terdahulu, artis yang berasal dari Muar, Johor itu dimasukkan ke wad sejak malam Isnin selepas terdapat kesan darah ketika membuang air besar.

Media sebelum ini melaporkan, Jaafar mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu. - Getaran 3 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah