web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bomba Selamatkan 32 Murid, Guru Terperangkap Dalam Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 7:59AM

Guru dan murid Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Seri Kembangan terperangkap selepas sekolah mereka dinaiki air separas pinggang petang semalam. - Gambar Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan 32 guru dan murid Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Seri Kembangan dekat sini yang terperangkap dalam banjir selepas sekolah mereka dinaiki air kira-kira setinggi paras pinggang berikutan hujan lebat petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata mangsa yang terperangkap terdiri daripada 18 guru iaitu 13 wanita dan lima lelaki manakala murid seramai 14 orang yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian terbabit pada 7.45 malam dan usaha menyelamat mangsa berkenaan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia.

“Guru dan murid berada dalam keadaan selamat. Kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 2 itu kini telah berjaya dikeluarkan jam 9.35 malam menggunakan lori (dan pacuan empat roda) serta diserahkan kepada ibu bapa masing-masing manakala guru diselamatkan kurang setengah jam kemudian,” katanya kepada Bernama, semalam.

Beliau berkata, paras banjir di sekolah terbabit mulai surut dan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dari lokasi kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka