web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


11 Kawasan Berisiko Banjir Susulan Fenomena Air Pasang Besar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Nov 2021 4:15PM

Beberapa kawasan di Selangor dinaiki air baru-baru ini berikutan hujan lebat. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengenal pasti 11 kawasan yang berisiko banjir susulan fenomena air pasang besar, pada 4 hingga 7 November nanti.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Kg Tok Muda, Kg Sg Pinang di Pulau Indah, Pandamaran, Taman Selat Damai di Pelabuhan Klang, Kg Sg Serdang, Ban Sementa, Ban Sg Keramat, Kampung Perepat, Pelabuhan Utara, Telok Gong dan Pulau Ketam.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat kawasan-kawasan berisiko tinggi banjir di sini, Pemangku Pengerusi JPBD Klang, Mohd Shahrizan Mohd Salleh berkata pasukan tinjauan dari pelbagai agensi akan diaktifkan dalam tempoh tersebut.

“JPBD Klang telah mengambil beberapa langkah persediaan antaranya pemberian taklimat persediaan menghadapi banjir dan tatacara pengoperasian 71 pusat pemindahan sementara (PPS) untuk memastikan mangsa banjir patuh akan prosedur operasi standard serta mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Daerah," katanya hari ini. 

“JPBD Klang telah mengeluarkan arahan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya sentiasa menyelenggara dan membersihkan semua sistem saliran di bawah bidang kuasa pentadbiran masing-masing bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat," katanya.

Beliau berkata sebagai contoh pihak MBSA telah membuat sewaan pam air dan membina kolam tadahan sementara bagi menghadapi bencana banjir akan datang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, monsun timur laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 3 November dan berterusan hingga Mac 2022 dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh tersebut. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka