web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui Terapung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 8:36PM

Anggota Bomba menjalankan operasi SAR sejak Sabtu lalu dan telah menemui mayat Tataw ak Najong di Lubok Mawang, Batu Ladong, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SONG - Mayat mangsa lemas insiden bot karam berdekatan dengan jeram Giam, di sini, Sabtu lalu ditemui hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa, Tataw ak Najong, 65, dijumpai oleh orang awam terapung dan tersangkut pada dahan pokok di Lubok Mawang, Batu Ladong, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Menurut beliau, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memulakan gerakan mencari dan menyelamat bermula dari Nanga Sungai Katibas jam 10.15 pagi.

"Dalam perjalanan menuju ke lokasi kejadian, bomba dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mangsa telah dijumpai oleh orang awam.

"Mayat ditemukan terapung dan tersangkut pada dahan pokok," katanya hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, proses pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi SAR ini yang melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song, polis penduduk kampung ditamatkan sepenuhnya jam 1.30 tengah hari tadi," katanya.

Dalam kejadian jam 10 pagi Sabtu lalu, sembilan selamat manakala seorang lagi hilang dalam insiden bot karam berdekatan jeram Giam.

Perahu berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan ke Pekan Song, dari Rumah Inggang, Tapang. - Getaran, 2 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka