web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zhongshi International Didenda, Gagal Pastikan Keselamatan Di Tapak SUKE

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 3:58PM

3 pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah selepas satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, pada 3 Mac lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat pembinaan Zhongshi International Sdn Bhd didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal memastikan keselamatan sehingga menyebabkan kematian tiga pekerjanya di tapak pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Mac lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman terhadap syarikat pembinaan itu yang diwakili Pengurus Sumber Manusianya Sim Li En, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan.

Dia membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu sebagai majikan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya dengan tidak memastikan pengendalian komponen kren gantri yang selamat semasa kerja-kerja penyenggaraan sehingga menyebabkan kemalangan kepada tiga pekerja warga China, Wu Tongzheng, Ding Kunfu dan Jiang Jinbao.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di 3PT39 sehingga 3PT41, Pakej CA3, Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) CH4200 sehingga CH7800 Jalan Alam Damai, di sini, pada 8.45 pagi, 22 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan dihukum mengikut Seksyen 19 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Sim yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum atas alasan syarikatnya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja selain akan memastikan kesalahan tersebut tidak berulang.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdul Rahim Sabri memohon hukuman denda maksimum terhadap syarikat tersebut.

"Kes ini merupakan kemalangan berprofil tinggi sehingga mendapat liputan media selain telah melibatkan kematian tiga nyawa.

“Saya mohon mahkamah mengenakan hukuman denda maksimum agar menjadi pengajaran kepada OKS dan majikan lain supaya mereka dapat memastikan operasi jentera yang selamat dan mengurangkan risiko kemalangan semasa kerja,” katanya.

Pada 22 Mac lepas, media melaporkan tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah berikutan kejadian satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, di sini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka