web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Kelantan Wajib Ambil Vaksin - Dr Izani

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 9:17PM

Dr Izani Husin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Semua penjawat awam di negeri ini diwajibkan mengambil suntikan vaksin COVID-19, bagi mengelakkan tindakan tatatertib dikenakan ke atas  mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, ia susulan masih ada pihak yang menolak vaksin dengan memberi pelbagai alasan, termasuk takut dan bimbang dengan kesan sampingan.

"Kita berharap mereka dapat mengambil suntikan vaksin dengan segera bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil.

"Tempoh untuk mengambil tindakan itu belum ada, memandangkan ia baru diputuskan hari ini," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Dr Izani berkata, sesi kaunseling akan diberikan kepada individu yang masih belum menganbil suntikan pelalian berkenaan, untuk mengenal pasti punca sebenar penolakan itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pendekatan dengan mewajibkan penjawat awam mengambil suntikan vaksin adalah antara usaha sebelum Kelantan memasuki fasa keempat.

"Negeri ini masih di fasa tiga dan kami berharap, semua penduduk memberi kerjasama dengan mengambil vaksin supaya Kelantan dapat beralih ke fasa keempat dengan lebih cepat.

"Lagi lambat mereka mengambil vaksin, maka lagi lambat Kelantan masuk ke fasa empat seperti negeri-negeri yang lain," katanya.

Jelas beliau, jumlah suntikan vaksin sehingga ini di Kelantan bagi dos pertama ialah hampir 90 peratus, manakala 86 peratus untuk dos kedua. - Getaran, 3 November 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka