web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Johor Jamin Tidak Ada Pilih Kasih Beri Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 2:23PM

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad (kiri) menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Dewan Muafakat Taman Adda hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memberi jaminan bahawa proses pemberian vaksin imunisasi COVID-19 akan dijalankan di negeri itu mengikut senarai yang dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Besar Datuk berkata sehubungan itu, masyarakat tidak perlu bimbang akan timbul isu pilih kasih.

“Senarai (penerima vaksin) dibuat oleh kerajaan negeri tetapi ia tetap dikemukakan kepada pihak kementerian (KKM) dan di peringkat kementerian pula terdapat pelbagai proses untuk memastikan penerima vaksin fasa pertama ini adalah benar-benar petugas barisan hadapan KKM dan bukan KKM,” katanya kepada pemberita pada Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor, di sini hari ini.

Menurut Hasni, Johor menerima kumpulan pertama bekalan vaksin pada 21 Februari lepas untuk diberikan kepada 35,100 petugas barisan hadapan KKM dan agensi kerajaan lain yang terlibat secara langsung dalam pencegahan penularan wabak COVID-19.

“Petugas barisan hadapan di Johor ialah seramai 41,034 orang, jadi akan terdapat baki seramai 5,934 orang yang menerima suntikan ini pada fasa kedua,” katanya, menambah fasa pertama yang bermula hari ini hingga April melibatkan 70,200 dos.

Hari ini, Hasni menjadi individu pertama di Johor yang menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.

Turut menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan; Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

2

Semasa 3 minggu yang lalu

4 Maut Kereta Rempuh Lori Rosak Di Lebuh Raya 

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kes Culik Wanita Di Kulai: Polis Tahan 9 Lelaki

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Sukan 17 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar