web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Culik Wanita Di Kulai: Polis Tahan 9 Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 8:05AM

M Kumar - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes melarikan seorang wanita di Kulai bulan lepas.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor dan Bukit Aman telah melakukan tangkapan terhadap suspek yang berusia lingkungan 24 hingga 48 tahun itu di beberapa lokasi di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor dari 23 hingga 25 Mei lepas.

Beliau berkata pihaknya juga merampas sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil insiden itu.

"Kesemuanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah, hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati enam daripada mereka positif dadan jenis metamfetamina," menurutnya dalam kenyataan.

Kumar berkata suspek direman selama 14 hari bermula 24 Mei lepas bagi membantu siasatan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya kelmarin.

Beliau berkata lima suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini dan Mahkamah Majistret Kulai semalam mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 serta Seksyen 383 Kanun Keseksaan namun mereka mengaku tidak bersalah.

Empat lagi dibebaskan dengan bon jaminan untuk menjadi saksi pendakwaan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 16 Mei lepas, seorang wanita berusia 30 tahun dilarikan tiga lelaki bersenjatakan parang ketika berada di rumahnya di Kulai sebelum mangsa dibebaskan di stesen bas sekitar Skudai pada hari yang sama.

Mangsa yang bekerja sendiri bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibebaskan selepas wang tebusan diterima, melibatkan kerugian berjumlah RM111,000. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Maut Kereta Rempuh Lori Rosak Di Lebuh Raya 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Sukan 21 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar