web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 9:00PM

Selepas polis berjaya membuka pintu kenderaan mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA MARUDU - Seorang wanita berusia 48-tahun ditemui mati dalam kereta berhampiran sebuah restoran di Pusat Komersil Langkon, semalam.

Mangsa dilihat tidak sedarkan diri di dalam kereta oleh orang awam sebelum mereka menghubungi polis untuk bantuan pada jam 7.22 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

Katanya, pihak polis mendapati terdapat seorang wanita berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah Perodua Myvi.

“Ketika ditemui, enjin kenderaan mangsa masih hidup dan pasukan cuba membuka pintu kenderaan berkenaan.

“Sebaik pintu kereta berjaya dibuka, pegawai perubatan dari Hospital Kota Marudu telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas mangsa dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Zairolnizal, siasatan yang dijalankan mendapati tiada kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan jenayah.

Walau bagaimanapun, katanya, bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian.

Tambahnya, buat masa ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka