web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siakap ‘Kayangan’, Pelanggan Tahu Saiz Sebenar Ikan - Wakil Restoran

Semasa · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 7:21AM

Bil makan di sebuah restoran yang mencecah lebih daripada RM1,000 ringgit.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Seorang wanita yang mendakwa sebagai wakil sebuah restoran di Langkawi tampil menjelaskan kejadian sebenar berhubung dakwaan yang tular di media sosial mengenai harga seekor ikan siakap yang didakwa mencecah lebih RM1,000 baru-baru ini.

Menulis di laman media sosial Facebooknya, wanita tersebut yang menggunakan nama Syikin Musa memaklumkan yang dia sudah menerangkan kepada pelanggan tersebut bahawa ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu sebenarnya dijadikan pameran buat pengunjung semata-mata.

Katanya, ikan seperti itu biasanya tidak dijual, malah dia juga telah mencadangkan kepada pelanggan berkenaan serta ahli keluarganya untuk mengambil ikan merah atau kerapu bersaiz lebih kecil, iaitu antara sekilogram hingga 1.5 kilogram saja bagi dijadikan hidangan.

“Tetapi pihak pelanggan masih lagi mahukan ikan tersebut walaupun telah diberitahu bahawa saiznya mega.

“Apabila pihak kami tangkap ikan itu menggunakan tali pancing dan minta pelanggan melihat saiznya, dia menolak untuk melihat dan meminta kami teruskan dengan tempahan dibuat,” katanya.

Terdahulu pelancong lelaki tersebut menzahirkan rasa terkejut apabila harga ikan siakap yang dimakan bersama ahli keluarganya di restoran tersebut, mencecah hingga RM1,196 seekor.

Menerusi gambar bil yang dipaparkan di Facebooknya, lelaki itu dilihat membayar sejumlah RM1,852 untuk menikmati hidangan berkenaan menyebabkan hantaran tersebut menjadi tular di media sosial.

Dalam perkembangan lain, Syikin turut menafikan pihak restoran memanipulasi saiz ikan kerana mendakwa telah menunjukkan anggaran saiznya yang sememangnya besar.

Dia juga menafikan dakwaan restoran terbabit mengenakan caj sebanyak lima peratus sekiranya bayaran dibuat menggunakan kad kredit.

Katanya jumlah keseluruhan sebanyak RM1,852 itu merangkumi dua bil dengan setiap satunya berjumlah RM1,759 dan RM93.

“Berkenaan harga ikan yang dikatakan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yang dijual di restoran itu, adalah hidupan laut yang masih hidup.

“Ikan di darat dijual pada kadar RM9 untuk 100 gram tetapi kami menjual pada harga RM16 bagi setiap 100 gram kerana ikan itu masih hidup,” katanya. - Getaran 5 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran