web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesara Pensyarah Rugi RM1.8 Juta Dihubungi ‘Pegawai TM’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 7:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pesara pensyarah mengalami kerugian sebanyak RM1.8 juta selepas dihubungi ‘pegawai Telekom Malaysia’, mendakwa namanya digunakan dalam talian untuk kegiatan perjudian dan pengubahan wang haram.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Supt Tan Poh Cheok berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 80 tahun itu Isnin lepas.

Beliau berkata mangsa menerima panggilan daripada suspek pada 1 Oktober lepas yang meminta warga emas itu membuat beberapa transaksi bernilai RM730,000, selain diminta untuk menyerahkan kad ATMnya.

“Susulan itu, mangsa mendapati terdapat transaksi pindahan wang yang besar daripada akaunnya berjumlah RM1.8 juta.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Tan menasihati orang ramai supaya mendapatkan butir-butir terperinci pihak berkuasa yang menghubungi mereka tentang sebarang siasatan seperti nama, pangkat pemanggil, tempat bertugas dan tidak mendedahkan maklumat akaun dan nombor OTP/TAC kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon.

“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka