web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MySejahtera ‘Buat Hal’ Lagi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 10:25AM

Tangkap layar arahan pengawasan di rumah yang terpapar di aplikasi MySejahtera sesetengah pengguna pagi ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aplikasi MySejahtera sekali lagi mencetuskan kebimbangan pengguna apabila ada dalam kalangan mereka yang menerima pemakluman supaya menjalani arahan pengawasan di rumah (HSO) sejak awal pagi tadi.

Menerusi pemakluman itu, pengguna berkenaan diarah menjalani kuarantin selama 10 hari bermula hari ini sehingga 16 November.

Berdasarkan maklum balas diberikan pengguna, pemakluman itu menimbulkan tanda tanya apabila mereka tidak pernah menjadi kontak rapat, berkunjung ke kawasan panas atau pulang dari luar negara.

“Tolong hentikan gangguan seperti ini. Saya sudah panik selama sejam,” ciap Tash yang menggunakan nama akaun @whoistashy.

Susulan itu, pengurusan MySejahtera melalui ciapan di Twitter, memaklumkan berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan segelintir pengguna diberikan arahan HSO.

“Selamat pagi semua, kami (MySejahtera) memohon maaf berikutan kesilapan di pihak kami yang menyaksikan pengguna secara rawak menerima status HSO atau PUS.

“Kami sudah membaik pulih punca kepada keadaan ini. Semua HSO tidak tepat sudah dibatalkan dan status PUS tidak betul dikembalikan semula,” ciapnya.

Bagaimanapun, penjelasan diberikan MySejahtera dipertikaikan segelintir pengguna yang turut meminta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengambil tindakan sewajarnya.

“Kesilapan teknikal aplikasi terbabit adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, menyebabkan ganggu gugat dalam kalangan rakyat, bagaimana kami nak keluar memandangkan MySejahtera digunakan di mana-mana. Khairy Jamaluddin perlu lihat masalah ini,” ciap seorang pengguna bernama @zool_hilmi.

Sejak MySejahtera mula dilancarkan pada 16 April 2020, aplikasi itu dibelenggu beberapa kontroversi, termasuk kelewatan tarikh temu janji pendaftaran vaksinasi segelintir pengguna dan data yang lesap daripada sistem.

Aplikasi berkenaan turut mencetuskan kekecohan apabila penerima lengkap vaksin COVID-19 tidak memperoleh sijil digital vaksinasi di MySejahtera sehingga menyaksikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) tampil melakukan pembersihan data bagi menyelesaikan masalah itu.

Baru-baru ini, isu keselamatan MySejahtera pula diragui kerana timbul dakwaan mengatakan data aplikasi itu dicerobohi apabila ada pengguna menerima mesej kata laluan guna sekali (OTP) menerusi e-mel. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 1 tahun yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka